Monday, 31 October 2016

Saya teringat pada tahun 2014, terdapat suatu musim di mana putik bunga di pohon-pohon besar sepanjang jalan berkembangan dan berguguran sambil melayang dihembus angin yang damai. Situasi tersebut terdapat di merata tempat yang saya pergi. Sungguh indah. Lalu saya sentiasa terbayang berada di Jepun, berdiri di antara pepohon yang rimbun dan menikmati tangisan gembira kelopak sakura yang bercucuran jatuh ke bumi. Saat itu amat nikmat.

     Tujuan ingatan tersebut saya karang kembali dalam bentuk tulisan ini kerana ingin menyatakan buah fikiran saya bahawa imaginasi atau bayangan dalam minda boleh terhasil dari pelbagai bahan ransangan di sekeliling dan keinginan kita. Seperti apa yang saya nukilkan di perenggan pertama, imaginasi saya berada di bumi Jepun menikmati musim sakura adalah kerana melihat akan situasi musim di tempat saya. Dan tidak dinafikan, pergi ke Jepun pada musim sakura adalah keinginan saya sejak zaman sekolah rendah lagi.

     Oleh itu, saya berpendapat bahawa dari pelbagai ransangan akan terhasilnya imaginasi yang mencetus kepada idea untuk menulis.

No comments:

Post a Comment