Sebelum tu, nama asal penulis novel Lord Of The Ring ni adalah J. R. R. Tolkien atau John Ronald Reuel Tolkien yang merupakan seorang penulis English terkenal di Barat. Novel berbahasa Inggeris ini telah dikeluarkan buat pertama kalinya pada tahun 1954 lagi. Awalkan.. Saya pun belum dilahirkan.
Pada saya, novel ni sangat menarik dengan paparan yang sangat jelas berkaitan dengan plot-plot yang digunakan yang membolehkan para pembaca terpukau dengan keindahan bahasa yang ditonjolkan oleh penulis. Idea yang diutarakan sangat unik dan berlainan dengan novel-novel lain. Tamabahan pula, sentiasa ada detik-detik yang mencemaskan atau elemen yang mengejutkan pembaca yang menyebabkan pembaca ingin mengetahui dengan lebih lanjut apakah yang akan berlaku seterusnya.
Hanya sebab satu cincin, terjalinnya satu hubungan yang akrab antara pahlawan-pahlawan dalam novel ini. Apa yang mengujakan, watak-watak Uruk-hai yang sangat menggerunkan wajahnya adalah makhluk suruhan Saruman yang ditugaskan untuk mencari pembawa cincin. Berliku halangan datang menerpa dan menyebabkan mereka terpisah. Unsur keberanian yang ditunjukkan begitu mengujakan saya dan menjadikan saya tidak sabar-sabar untuk menghabiskan pembacaan. Dan terdapat satu lagi watak yang menjadikan saya berasa seronok apabila ada babak berkaitan dengannya, iaitu watak Gandalf seorang ahli sihir tua yang banyak memainkan peranan dalam novel ini atau boleh dikatakan sebagai penyelamat kepada setiap konflik. Beliau sentiasa mempunyai jalan penyelasaian terhadapap masalah yang datang sebagai contoh, beliau telah bertindak berjumpa dengan Saruman yang pada asalnya adalah sahabat baiknya untuk berbincang tentang cincin yang dijumpai oleh pakcik Frodo. Walaupun beliau sedikit terlambat namun masih berjaya menyelamatkan Frodo dan kawan-kawannya.
Namun perjalanan penamat novel ini masih panjang. Masih terdapat dua siri judul yang bersambung. Berjayakah mereka pada akhirnya? Semuanya terdapat dalam siri ketiga Lord Of The Ring bertajuk The Return Of The King :)

No comments:
Post a Comment