Baiklah, sebelum itu biarkan saya menjelaskan maksud imaginasi berdasarkan pendirian saya terlebih dahulu. Pada pendapat saya, imaginasi itu adalah sebuah idea, sebuah bayangan atau gambaran yang dialami oleh sesetengah orang mengenai sesuatu hal. Di samping itu, umum mengetahui imaginasi ini sebagai berangan sahaja yang kadang kala datang ke ruang fikiran seseorang. Namun, jika hanya berangan namun tiada usaha, ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah. Biar saya bawa anda ke dunia barat. Masyarakatnya mengamalkan budaya menulis yang dipupuk sejak kecil. Oleh itu, mengapa tidak saya dan anda semua mnejadikan budaya tersebut sebagai teladan dan amalan seharian dengan mencatat apa jua imaginasi yang dibayangkan di kertas dan mengapa tidak diolah menjadi sesuatu yang berharga bukan? Misalnya menulis novel, cerpen, puisi dan sebagainya.
Anda semua tahu apakah maksud imaginasi berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka? Ada yang tidak tahu dan ada yang tahu bukan. Oleh itu, DBP ada menerangkan maksud imaginasi iaitu kebolehan menggambarkan sesuatu dalam fikiran. Atau pada erti kata lain, kebolehan yang tertanam dalam diri semua individu di muka bumi yang infiniti, iaitu tiada batasannya.
Sesuatu yang bermain dalam fikiran adalah bersifat tidak nyata dan lebih kepada magik, ianya boleh membatasi sesuatu perkara yang di alam nyata tidak bisa dilakukan atau dijangka akal fikiran manusia. Imaginasi ini memerlukan daya kreatif seseorang dalam berfikir dan mungkin daya bereksperimen dengan sesuatu perkara. Sebagai contoh, semua penulis novel terunggul di barat mampu memikirkan tentang perkara yang mustahil difikir oleh kita dengan watak yang sangat mengujakan seperti dalam cerita Harry Potter, Lord Of The Ring, Maze Runner dan sebagainya. Kemahiran mengolah dan mencipta konflik dalam diri seseorang penulis adalah bergantung kepada daya imaginasi yang kuat.
Oleh itu, jangan sesekali membiarkan imaginasi yang berlegar di ruang fikiran anda semua dan peringatan untuk diri saya sendiri agar mencatat segala yang bermain difikiran. Mana tahu satu hari nanti ianya mendatangkan hasil yang lumayan bukan? ^^
Sebelum tu, disini saya sertakan video salah satu episod kartun kegemaran kanak-kanak Spongebob Squarepants yang hanya ditonton oleh kanak-kanak. Mereka telah mendedahkan tentang imaginasi pada seawal usia kanak-kanak lagi. Apa yang saya suka tentang dialognya adalah
"I can be whatever I want".
Jadi,asahlah bakat anak-anak dengan imaginasi yang sedikit sebanyak memberi dorongan kepada mereka untuk mencapai kejayaan hingga ke menara gading.
No comments:
Post a Comment