Monday, 31 October 2016

Imaginasi: Baik atau Buruk?

Imaginasi....

Satu perkataan yang menimbulkan pelbagai persepsi dalam sudut pandang tiap-tiap individu di atas muka Bumi ini. Positif, negatif, remeh, tiada apa-apa fungsi, mainan minda kanak-kanak, dan banyak lagi.

Apakah pendapat anda? Tanya diri anda sendiri.

Adakah imaginasi lebih banyak mendatangkan mudarat berbanding manfaat kepada orang yang sedang berimaginasi dan orang di sekeliling?

Ada pakar yang mengatakan bahawa imaginasi membolehkan kank-kanak mengembangkan mindanya apabila dewasa nanti sekaligus membolehkan mereka berfikir secara kreatif dan kritis. Namun begitu, ada juga sesetengah pihak yang menyangkal apa yang diperkatakan oleh pakar ini kerana mereka merasakan bahawa imaginasi menyebabkan sesuatu individu itu lebih cenderung untuk berkhayal dan tidak mencapai sebarang sasaran kehidupan yang telah ditetapkan.

Perbezaan pendapat inilah yang telah menimbulkan persepsi-persepi seperti yang telah disebut di atas tadi. Imaginasi dapat meningkatkan daya fikir seseorang dan imaginasi menyebabkan seseorang itu lalai dan leka. Dua pendapat yang saling bertentangan.

Akhir kata, tanya diri anda, apakah imaginasi itu sesuatu yang BAIK atau sesuatu yang mendatangkan keBURUKan.

Tepuk dada, tanya selera.

No comments:

Post a Comment