Monday, 31 October 2016

Saya teringat pada tahun 2014, terdapat suatu musim di mana putik bunga di pohon-pohon besar sepanjang jalan berkembangan dan berguguran sambil melayang dihembus angin yang damai. Situasi tersebut terdapat di merata tempat yang saya pergi. Sungguh indah. Lalu saya sentiasa terbayang berada di Jepun, berdiri di antara pepohon yang rimbun dan menikmati tangisan gembira kelopak sakura yang bercucuran jatuh ke bumi. Saat itu amat nikmat.

     Tujuan ingatan tersebut saya karang kembali dalam bentuk tulisan ini kerana ingin menyatakan buah fikiran saya bahawa imaginasi atau bayangan dalam minda boleh terhasil dari pelbagai bahan ransangan di sekeliling dan keinginan kita. Seperti apa yang saya nukilkan di perenggan pertama, imaginasi saya berada di bumi Jepun menikmati musim sakura adalah kerana melihat akan situasi musim di tempat saya. Dan tidak dinafikan, pergi ke Jepun pada musim sakura adalah keinginan saya sejak zaman sekolah rendah lagi.

     Oleh itu, saya berpendapat bahawa dari pelbagai ransangan akan terhasilnya imaginasi yang mencetus kepada idea untuk menulis.

Mara Dalam Imaginasi





Aku memecut laju Porche 918 Spyder kepunyaanku,
Terus meninggalkan segala angin yang lalu,
Terus terpegun khalayak yang memandu,
Terdiam seperti semuanya terpaku.
                    
Aku memecut laju Ford Mustang Shelby GT500 SVT kepunyaanku,
Bagaikan tiada siapa di laluan itu,
Bagaikan semuanya menghormati gegaran jenteraku,
Bagaikan aku dianggap penghulu disitu,

Kini, aku masih memandu dalam angan-anganku,
Imaginasi yang kabur menjadi padu ,
Tanpa ada sebarang persoalan yang jitu,
Aku mara dalam segala imaginasiku.



ENHANCE YOUR CREATIVITY AND IMAGINATION


Petang tadi terpandang sebuah kereta BMW tapi tak tahu berapa series. Cantik sangat. Terberangan laa juga bawa mak ayah sambil naik BMW yang selesa tu. Mesti terpancar pada wajah mereka betapa seronoknya dengan aircond yang sejuk dan perjalanan yang 'smooth' tanpa hentakkan. Imaginasi tu kadang-kadang penting untuk otak terus berfungsi. Dan ianya juga baik untuk menanam usaha supaya kita pun mampu memiliki apa yang kita imaginasikan.
Nak tahu tak? Saya suka tengok makhluk-makhluk pelik macam dalam filem Lord Of The Ring tu contohnya Orcs. Haa, nak tahu tak filem tu adalah hasil daripada adaptasi sebuah novel yang telah berjaya menembus pasaran box office di Hollywood. Novel ni sebenarnya berjilid dan hari ni saya cuma nak review satu jilid yang bertajuk "Fellowship Of The Ring".

Sebelum tu, nama asal penulis novel Lord Of The Ring ni adalah J. R. R. Tolkien atau John Ronald Reuel Tolkien yang merupakan seorang penulis English terkenal di Barat. Novel berbahasa Inggeris ini telah dikeluarkan buat pertama kalinya pada tahun 1954 lagi. Awalkan.. Saya pun belum dilahirkan.



Pada saya, novel ni sangat menarik dengan paparan yang sangat jelas berkaitan dengan plot-plot yang digunakan yang membolehkan para pembaca terpukau dengan keindahan bahasa yang ditonjolkan oleh penulis. Idea yang diutarakan sangat unik dan berlainan dengan novel-novel lain. Tamabahan pula, sentiasa ada detik-detik yang mencemaskan atau elemen yang mengejutkan pembaca yang menyebabkan pembaca ingin mengetahui dengan lebih lanjut apakah yang akan berlaku seterusnya. 

Hanya sebab satu cincin, terjalinnya satu hubungan yang akrab antara pahlawan-pahlawan dalam novel ini. Apa yang mengujakan, watak-watak Uruk-hai yang sangat menggerunkan wajahnya adalah makhluk suruhan Saruman yang ditugaskan untuk mencari pembawa cincin. Berliku halangan datang menerpa dan menyebabkan mereka terpisah. Unsur keberanian yang ditunjukkan begitu mengujakan saya dan menjadikan saya tidak sabar-sabar untuk menghabiskan pembacaan. Dan terdapat satu lagi watak yang menjadikan saya berasa seronok apabila ada babak berkaitan dengannya, iaitu watak Gandalf seorang ahli sihir tua yang banyak memainkan peranan dalam novel ini atau boleh dikatakan sebagai penyelamat kepada setiap konflik. Beliau sentiasa mempunyai jalan penyelasaian terhadapap masalah yang datang sebagai contoh, beliau telah bertindak berjumpa dengan Saruman yang pada asalnya adalah sahabat baiknya untuk berbincang tentang cincin yang dijumpai oleh pakcik Frodo. Walaupun beliau sedikit terlambat namun masih berjaya menyelamatkan Frodo dan kawan-kawannya. 

Namun perjalanan penamat novel ini masih panjang. Masih terdapat dua siri judul yang bersambung. Berjayakah mereka pada akhirnya? Semuanya terdapat dalam siri ketiga Lord Of The Ring bertajuk The Return Of The King :)

"We are what we pretend to be, so we must be careful about what we pretend to be." -Kurt Vonnegut, Mother Night

Apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata dia atas?

Sesuatu yang negatif?

Sesuatu yang membawa kebaikan?

Bagi penulis, kata-kata tersebut berunsur peringatan. Peringatan kepada diri kita agar sentiasa berpada-pada dalam berimaginasi. Hal ini demikian kerana, apabila kita berimaginasi sesuatu berkaitan diri kita, kita sedang membentuk bagaimana diri kita pada akhirnya, bagaimana sikap kita kepada keadaan sekeliling.

Sekiranya apa yang diimaginasikan itu elok-elok belaka maka, eloklah hasilnya. Tetapi, sekira sebaliknya, berjaga-jagalah agar kita tidak menjerumuskan diri ke dalam kancah kebinasaan.

Berpada-padalah dalam apa jua yang kita lakukan.

Imaginasi: Baik atau Buruk?

Imaginasi....

Satu perkataan yang menimbulkan pelbagai persepsi dalam sudut pandang tiap-tiap individu di atas muka Bumi ini. Positif, negatif, remeh, tiada apa-apa fungsi, mainan minda kanak-kanak, dan banyak lagi.

Apakah pendapat anda? Tanya diri anda sendiri.

Adakah imaginasi lebih banyak mendatangkan mudarat berbanding manfaat kepada orang yang sedang berimaginasi dan orang di sekeliling?

Ada pakar yang mengatakan bahawa imaginasi membolehkan kank-kanak mengembangkan mindanya apabila dewasa nanti sekaligus membolehkan mereka berfikir secara kreatif dan kritis. Namun begitu, ada juga sesetengah pihak yang menyangkal apa yang diperkatakan oleh pakar ini kerana mereka merasakan bahawa imaginasi menyebabkan sesuatu individu itu lebih cenderung untuk berkhayal dan tidak mencapai sebarang sasaran kehidupan yang telah ditetapkan.

Perbezaan pendapat inilah yang telah menimbulkan persepsi-persepi seperti yang telah disebut di atas tadi. Imaginasi dapat meningkatkan daya fikir seseorang dan imaginasi menyebabkan seseorang itu lalai dan leka. Dua pendapat yang saling bertentangan.

Akhir kata, tanya diri anda, apakah imaginasi itu sesuatu yang BAIK atau sesuatu yang mendatangkan keBURUKan.

Tepuk dada, tanya selera.
Nak tahu bagaimana kita dapat mendidik adik-adik untuk berimaginasi? Mestilah dengan memperbanyakkan membaca buku bukan? Melalui pembacaan tersebut, kita dapat melatih otak untuk berusaha membayangkan watak-watak yang dibaca menjadi realiti di dalam minda. Sebaliknya, kurangkan memberi mereka gajet-gajet yang mampu menyekat daya otak mereka untuk berkembang.

Kat sini saya share serba sikit movie yang pada saya penulisnya sangat hebat. Kebolehan daya imaginasi yang cukup tinggi dan hebat

                                               
                                                                HARRY POTTER    
                                                 



                                       
                                                                      NARNIA




                                                           LORD OF THE RING


jalan cerita yang sangat menarik dan gaya pengolahan yang amat berbeza. Tengok berulang kali pun masih tak puas. Dan yang penting, cerita ni banyak yang bersiri. So kena tengok satu-satu untuk faham..
Hari ni, saya ada nak kongsi satu video yang pada saya sangat menarik tentang imaginasi.. Semoga bermanfaat..

https://www.youtube.com/watch?v=CkL9eRJlnic
(sumber dari Youtube)


Saturday, 29 October 2016

Hanyut Dalam Imaginasi




Imaginasi itu indah
Kerna kau akan sentiasa menang
Imaginasi itu indah
Kerna kau akan selalu di atas
Imaginasi itu indah
Kerna kau akan selalu berkuasa
Imaginasi itu indah
kerna kau dapat melihat di hadapan
imaginasi itu indah
Lebih indah daripada ilmu yang kau imaginasikan
Ahh !!! peduli kata orang
Biar aku berimaginasi

Terus hanyut dalam imaginasiku....

Tuesday, 18 October 2016

Angan-Angan



Imaginasi boleh dikatakan sebagai angan-angan atau seseorang yang berangan. Jadi, detik menjadi seorang yang bergelar pelajar ini dapat menghasilkan daya imaginasi yang tinggi terhadap masa hadapan. Pelajar universiti khususnya seringkali terlihat imaginasi mereka dengan berangan. Bayangan di masa hadapan ini melibatkan cita-cita dan profesion yang akan dikecapi selepas tamat pelajaran. Dalam angan-angan itu terkandung segala kemahuan yang diidamkan mereka. Pelajar membayangkan diri mereka di alam pekerjaan yang menghasilkan kemewahan dan kekayaan. Malah, mereka ingin membalas jasa ibu bapa dengan membuat mereka bangga. Sesungguhnya, angan-angan ini tersemat segala aspek positif untuk mendorong mereka lebih berdedikasi dalam pelajaran.

SYURGA MAKANAN



Setiap kali aku berasa lapar akibat tidak makan satu hari, akan ku bayang makanan yang banyak untuk menghilangkan rasa lapar. Kehidupan di universiti sering membuatkan ku terbayang makanan-makanan yang dimasak oleh ibuku di kampung ketika aku pulang bercuti. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke kampung untuk bercuti.

Sunday, 16 October 2016


Sudahkan anda mengasah daya imaginasi anak-anak, rakan-rakan serta rumate yang terdekat dengan anda untuk berimaginasi hari ini? Daya kreatif pemikiran anak-anak hendakah diasah seawal usa kanak-kanak untuk membentuk kemahiran berfikir dan ianyaakan semakin berkembang.


Monday, 10 October 2016

Imaginasi bukan sekadar bayangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, saya disuntik oleh sesuatu aura untuk menulis tetang satu topik yang agak menjadi bualan hangat para sahabat saya, iaitu tentang imaginasi yang bermain-main di fikiran. Adakah ianya sebuah gambaran yang sarat dengan mesej-mesej atau ia adalah sekadar khayalan yang bermain di benak fikiran hanya datang tanpa diundang dan pergi tanpa disuruh.

Baiklah, sebelum itu biarkan saya menjelaskan maksud imaginasi berdasarkan pendirian saya terlebih dahulu. Pada pendapat saya, imaginasi itu adalah sebuah idea, sebuah bayangan atau gambaran yang dialami oleh sesetengah orang mengenai sesuatu hal. Di samping itu, umum mengetahui imaginasi ini sebagai berangan sahaja yang kadang kala datang ke ruang fikiran seseorang. Namun, jika hanya berangan namun tiada usaha, ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah. Biar saya bawa anda ke dunia barat. Masyarakatnya mengamalkan budaya menulis yang dipupuk sejak kecil. Oleh itu, mengapa tidak saya dan anda semua mnejadikan budaya tersebut sebagai teladan dan amalan seharian dengan mencatat apa jua imaginasi yang dibayangkan di kertas dan mengapa tidak diolah menjadi sesuatu yang berharga bukan? Misalnya menulis novel, cerpen, puisi dan sebagainya.

Anda semua tahu apakah maksud imaginasi berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka? Ada yang tidak tahu dan ada yang tahu bukan. Oleh itu, DBP ada menerangkan maksud imaginasi iaitu kebolehan menggambarkan sesuatu dalam fikiran. Atau pada erti kata lain, kebolehan yang tertanam dalam diri semua individu di muka bumi yang infiniti, iaitu tiada batasannya.

Sesuatu yang bermain dalam fikiran adalah bersifat tidak nyata dan lebih kepada magik, ianya boleh membatasi sesuatu perkara yang di alam nyata tidak bisa dilakukan atau dijangka akal fikiran manusia. Imaginasi ini memerlukan daya kreatif seseorang dalam berfikir dan mungkin daya bereksperimen dengan sesuatu perkara. Sebagai contoh, semua penulis novel terunggul di barat mampu memikirkan tentang perkara yang mustahil difikir oleh kita dengan watak yang sangat mengujakan seperti dalam cerita Harry Potter, Lord Of The Ring, Maze Runner dan sebagainya. Kemahiran mengolah dan mencipta konflik dalam diri seseorang penulis adalah bergantung kepada daya imaginasi yang kuat.

Oleh itu, jangan sesekali membiarkan imaginasi yang berlegar di ruang fikiran anda semua dan peringatan untuk diri saya sendiri agar mencatat segala yang bermain difikiran. Mana tahu satu hari nanti ianya mendatangkan hasil yang lumayan bukan? ^^

Sebelum tu, disini saya sertakan video salah satu episod kartun kegemaran kanak-kanak Spongebob Squarepants yang hanya ditonton oleh kanak-kanak. Mereka telah mendedahkan tentang imaginasi pada seawal usia kanak-kanak lagi. Apa yang saya suka tentang dialognya adalah
"I can be whatever I want".
Jadi,asahlah bakat anak-anak dengan imaginasi yang sedikit sebanyak memberi dorongan kepada mereka untuk mencapai kejayaan hingga ke menara gading.